Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anak lembu sado bernilai lebih RM10,000 bakal menanti pengunjung bertuah sempena Melaka Agrofest 2025 di Dataran Sejarah Ayer Keroh dari 27 hingga 29 Jun ini. Foto Bernama

Hadiah anak lembu sado menanti pengunjung bertuah Melaka Agrofest 2025

ByBernama

MELAKA 16 Jun: Hadiah seekor anak lembu sado bernilai lebih RM10,000 bakal menanti pengunjung bertuah sempena Melaka Agrofest 2025 di Dataran Sejarah Ayer Keroh dari 27 hingga 29 Jun ini, kata Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.

Beliau berkata hadiah berkenaan antara kelainan pada program tahun ini selain sebanyak 15,000 biji jambu batu lohan atau lebih dikenali ‘jambu Melaka’ akan diedarkan secara percuma kepada pengunjung.

“Melaka Agrofest 2025 bermula dari 10 pagi hingga 11 malam dan pada tahun ini kita menyasarkan sebanyak 50,000 pengunjung dengan sasaran nilai jualan keseluruhan berjumlah RM1.5 juta.

“Pelbagai program menarik telah diatur seperti peluncuran ‘jambu Melaka’, kendurian, pesta buah-buahan termasuk hasil rock melon, pameran hasil pertanian, penternakan dan perikanan, pertandingan serta jualan selain aktiviti di reruai pameran yang disediakan kepada semua pengunjung,” katanya pada sidang media sempena Melaka Agrofest 2025 di Ayer Keroh di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Low Chee Leong.

Dr Muhamad Akmal berkata sebanyak 40 jabatan dan agensi turut serta dalam penganjuran Melaka Agrofest pada tahun ini selain terdapat 14 kategori pertandingan utama Melaka Agrofest 2025 yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM30,000.

Beliau berkata Melaka Agrofest 2025 bukan sekadar pesta hasil tani tetapi turut mengetengahkan teknologi pertanian terkini, mempromosikan produk usahawan tempatan serta menghargai peranan peladang, penternak dan nelayan dalam menjamin keterjaminan makanan negara.

“Festival ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan sektor pertanian, perikanan dan ternakan kepada pembangunan negara, selain membuka peluang pasaran yang lebih luas untuk produk tempatan.

“Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Melaka Agrofest 2025 dan berpeluang sertai pelbagai aktiviti menarik sambil menyokong produk tempatan,” katanya.

Beliau berkata program itu juga bakal dimeriahkan dengan persembahan khas kumpulan nasyid popular tanah air UNIC sempena Malam Demi Cinta Suci pada 27 Jun selain pengunjung bertuah juga berpeluang memenangi hadiah pakej menunaikan umrah.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan