Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 1,300 kedai musnah dalam satu kebakaran dahsyat yang berlaku pada Isnin di sebuah pasar di bandar raya Kolkata, timur India. Foto hiasan Envato

1,300 kedai musnah dalam kebakaran dahsyat di Kolkata, India

ByBernama

NEW DELHI, 16 Jun: Sekurang-kurangnya 1,300 kedai musnah dalam satu kebakaran dahsyat yang berlaku pada Isnin di sebuah pasar di bandar raya Kolkata, timur India, menurut pegawai, lapor Xinhua.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.

Kebakaran tercetus awal pagi Isnin di Pasar Khidirpur yang berusia 150 tahun, terletak di Kolkata, ibu negeri Bengal Barat.

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa mengerahkan 20 jentera bomba ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran dan mengelakkannya daripada merebak ke kawasan berdekatan.

Seorang pegawai kanan perkhidmatan bomba berkata kebakaran merebak dengan cepat disebabkan kawasan pasar yang sangat padat. Wujudnya bahan mudah terbakar seperti guni, minyak masak dan mentega di gudang berhampiran turut memburukkan keadaan, katanya.

Polis membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran. Litar pintas dipercayai menjadi penyebab utama kebakaran. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan