Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wakil Rakyat Negeri Melissa Hortman dan Senator negeri John Hoffman. Foto AFP

Wakil rakyat Minnesota ditembak, operasi mengesan suspek giat dilakukan

ByBernama

WASHINGTON, 14 Jun: Pihak berkuasa pada Sabtu meminta penduduk di dua kawasan pinggir bandar Minneapolis agar kekal berada di dalam rumah ketika operasi memburu seorang suspek yang menyamar sebagai pegawai polis dan melepaskan tembakan ke arah dua penggubal undang-undang Parti Demokrat serta pasangan masing-masing di kediaman mereka, menurut laporan media tempatan.

Mangsa serangan sebelum subuh itu dikenal pasti sebagai Senator negeri John Hoffman dan isterinya di Champlin, serta Wakil Rakyat Negeri Melissa Hortman dan suaminya di Brooklyn Park.

Keadaan semasa kesemua mangsa masih belum diketahui.

Senator AS dari Minnesota Amy Klobuchar, mengesahkan identiti mangsa dalam satu hantaran di platform X dan menyifatkan insiden itu sebagai “tindakan keganasan yang mengejutkan.” Beliau turut menitipkan doanya “bersama keluarga Hortman dan Hoffman. Kedua-dua mereka adalah rakan karib serta amat berdedikasi kepada keluarga dan perkhidmatan awam.”

Gabenor Minnesota Tim Walz akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat untuk “menangani isu keganasan yang menyasarkan penggubal undang-undang.”

Dalam satu hantaran di X, Walz berkata “dimaklumkan pagi ini mengenai situasi berterusan membabitkan insiden tembakan bersasar di Champlin dan Brooklyn Park. Jabatan Keselamatan Awam Minnesota dan penguat kuasa tempatan berada di lokasi.”

Dalam catatan kemudian, Walz berkata dia telah mengaktifkan Pusat Operasi Kecemasan Minnesota dan menyediakan semua sumber negeri untuk membantu polis di kedua-dua kawasan itu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan