Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri bergamber bersama peserta Majlis Perasmian Kem Kapten Keluarga di Damai Escape Park di Santubong pada Ahad. Foto TVS

Tunjuk teladan baik, bentuk peribadi anak

SANTUBONG, 15 Jun: Ibu bapa harus menerapkan nilai-nilai kebaikan yang boleh dijadikan contoh anak-anak bagi membentuk generasi muda yang berperibadi murni.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, proses pembelajaran anak-anak bermula di rumah, ibu bapa adalah teladan terdekat dalam kehidupan mereka.

“Sebab itu perkataan-perkataan yang negatif kita cuba pindahkan ke tempat lain, jangan digunakan di rumah, jangan digunakan untuk keluarga kita kerana itu yang akan dijadikan contoh bagi anak-anak kita. Sama juga dengan sikap kita hari-hari,

“Walaupun mungkin kita bukan pandai menjadi imam, tetapi sekurang-kurangnya menjadi imam dari segi sudut apa yang anak lihat kepada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Perasmian Kem Kapten Keluarga di Damai Escape Park, Santubong pada Ahad.

Sempena sambutan Hari Bapa, beliau menyifatkan ia sebagai satu penghargaan kepada peranan bapa bukan sahaja sebagai pemimpin dalam keluarga, malah penyumbang besar kepada komuniti dan kepimpinan belia.

Tambahnya, ibu bapa juga menjadi pelindung, pendidik dan sahabat kepada anak-anak bagi membina keluarga kukuh serta masyarakat yang sejahtera. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan