Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tebingan Kampung Sejijak, Kampung Paroh bakal tingkat aktiviti pelancongan

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 15 Jun: Projek pembangunan tebingan di Kampung Sejijak dan Kampung Paroh bakal menjadi pemangkin transformasi landskap pelancongan di kawasan tersebut, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu menegaskan, inisiatif itu bukan sekadar meningkatkan nilai tambah lokasi itu, tetapi membuka jendela baharu kepada pelancong untuk merasai sendiri keunikan budaya, tradisi, dan kehidupan masyarakat tempatan.

“Mengenai projek tebingan sungai, saya telah diberi taklimat mengenai perkara ini. Setiap kawasan akan menerima peruntukan lebih kurang RM20 juta. Di sini (Kampung Sejijak), kita telah memperuntukkan RM20 juta dan di Kampung Paroh, mungkin juga RM20 juta.

“Secara prinsipnya, saya bersetuju untuk membangunkan kawasan ini supaya masyarakat dapat terus menikmati aktiviti seperti menangkap udang dan ikan di sepanjang sungai,” katanya ketika berucap menyempurnakan Majlis Penangguhan Regatta Sejijak 2025, di sini, pada Ahad.

Selain daripada pembangunan tebingan, Abang Johari berkata, laluan pelayaran juga akan dibangunkan dari Kuching ke Siniawan melalui Kampung Sejijak dan Kampung Paroh, yang bakal memberikan peluang kepada pelancong untuk menikmati perjalanan santai sepanjang sungai.

“Sebab itu, saya telah membangunkan tebingan yang telah siap di Siniawan. Dengan adanya projek ini, pelancong yang berkunjung dari Kuching ke Siniawan akan dapat singgah di Kampung Sejijak dan Kampung Paroh.

“Di sini, kita akan menyediakan tempat makan yang selesa, supaya pelancong dapat berhenti untuk menikmati hidangan tempatan sebelum meneruskan perjalanan mereka ke Siniawan. Ini adalah sebahagian daripada usaha kita untuk memajukan sektor pelancongan sungai di Sarawak,” ujarnya.

Dalam pada itu, Abang Johari turut mengumumkan laluan pelayaran Kuching–Siniawan sebagai inisiatif pelancongan baharu yang bakal memperkenal pengalaman sungai unik di Sarawak serta membuka peluang ekonomi kepada penduduk luar bandar.

“Dari sana, kita akan terus menyediakan laluan pelayaran yang menghubungkan Satok ke Siniawan. Dengan adanya laluan pelayaran ini, pelancong dapat menikmati pemandangan yang indah sepanjang sungai, sementara memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk turut serta dalam sektor pelancongan,” kata beliau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan