Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Taufan Wutip ragut 6 nyawa di Vietnam

ByBernama

HANOI, 15 Jun: Sekurang-kurangnya enam orang maut manakala seorang lagi masih hilang di wilayah tengah Vietnam akibat hujan lebat dan banjir yang dicetuskan oleh Taufan Wutip, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Empangan Vietnam pada Ahad, lapor Xinhua.

Enam kematian dilaporkan di wilayah Quang Binh dan Quang Tri, manakala seorang lagi mangsa hilang selepas dihanyutkan arus deras di Quang Binh.

Taufan itu turut merosakkan 47 rumah, serta menenggelamkan lebih 58,000 hektar sawah padi dan tanaman lain di seluruh rantau berkenaan.

Menurut Pejabat Perangkaan Negara, bencana alam dari Januari hingga Mei itu mengorbankan atau menyebabkan kehilangan 40 orang di seluruh negara.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan