Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah lori tangki yang membawa minyak mentah kelapa sawit terlibat dalam kemalangan di Batu 9, Jalan Labuk semalam. Foto JBPM

Tangki lori tercabut sebabkan tumpahan minyak di Sandakan

ByTVS

SANDAKAN, 15 Jun: Sebuah lori tangki yang membawa minyak kelapa sawit mentah terlibat dalam kemalangan di Batu 9, Jalan Labuk semalam menyebabkan tumpahan besar bahan itu di atas jalan raya.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan hari ini, tangki belakang lori jenis Nissan UD tersebut tercabut secara tiba-tiba ketika dalam perjalanan dari Batu Lung Manis ke Batu Sapi.

Akibatnya, minyak sawit mentah tumpah ke atas permukaan jalan.

Pemandu lori dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Sandakan mengawal laluan trafik bagi memberi laluan kepada operasi pembersihan oleh pasukan bomba.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan menerima panggilan kecemasan pada jam 11.45 pagi dan tiba di lokasi 16 minit kemudian.

Kes disiasat di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Rule 10 LN166/59 kerana menyebabkan halangan dan bahaya di jalan raya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan