Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Royston bersama pasukan DMD Beginners yang muncul juara Pertandingan Ping Pong Berpasukan Campuran Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Mukah 2025. Foto UKAS Mukah

Sukan medium perpaduan komuniti

MUKAH, 15 Jun: Sukan bukan sekadar medan persaingan tetapi wadah penting dalam memperkukuh perpaduan komuniti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, penganjuran kejohanan sukan mampu memupuk semangat kerjasama, membina pasukan bersatu dan menggalakkan sokongan moral dalam kalangan peserta.

“Dalam setiap pertandingan, kita bukan sahaja mencari bakat baharu tetapi membina pasukan saling menyokong untuk mencapai kejayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyaksikan perlawanan akhir Pertandingan Ping Pong Berpasukan Campuran Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Mukah 2025 di Pusat Sukan Politeknik Mukah, Sabtu lalu.

Royston turut menzahirkan rasa bangga dengan penyertaan pelbagai kaum, latar belakang dan peringkat umur yang bersaing secara sihat dalam kejohanan tersebut.

Pertandingan sehari itu dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dengan kerjasama kakitangan Politeknik Mukah selaku urusetia.

Pasukan DMD Beginners dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan pasukan Donic, sementara tempat ketiga bersama dimenangi oleh pasukan Goty dan PMU Spin Pong. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan