Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Snowdan Lawan berucap pada Majlis Penutupan Festival dan Simposium Koir Antarabangsa Sarawak (SICFest & SICSym) 2025 di Kuching pada Ahad. Foto TVS

SICFest, SICSym pentas perkasa seni muzik dan budaya Sarawak

KUCHING, 15 Jun: Lantunan serta alunan suara nyanyian kumpulan koir tersohor dunia, Kinderchor der Staatsoper Unter den Linden dari Berlin, Jerman merupakan momen magis yang dicipta ketika Festival dan Simposium Koir Antarabangsa Sarawak (SICFest & SICSym) 2025 yang melabuhkan tirainya pada hari ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, menerusi temasya muzikal ini, selain untuk menghiburkan komuniti di Sarawak, ia turut menjadi wadah untuk merealisasikan komitmen kerajaan negeri dalam menyuburkan seni persembahan dan pada masa yang sama menjadikan wilayah ini sebagai hab kecemerlangan muzik serantau.

Abdul Karim turut menyifatkan program muzikal yang julung-julung kali dianjurkan ini, ibarat jambatan budaya yang mengetengahkan kekayaan warisan dan bakat kreatif Sarawak kepada dunia.

“Kita di Sarawak berbangga dengan warisan budaya yang kaya, dan kita percaya akan kuasa seni persembahan bukan sahaja untuk mengangkat dan memberi inspirasi, tetapi juga untuk menyatukan masyarakat.

“Acara seperti ini amat penting dalam usaha kita untuk memposisikan Sarawak sebagai destinasi pelancongan budaya, di mana muzik, seni dan kreativiti bergerak seiring dengan keindahan alam semula jadi dan keramahan rakyat kita,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan pada majlis penutupan Festival dan Simposium Koir Antarabangsa Sarawak (SICFest & SICSym) 2025 di Kuching pada Ahad.

Festival muzikal yang berlangsung sejak 13 Jun lalu, menyaksikan penyertaan lebih 600 peserta yang terdiri daripada konduktor, penyanyi koral, pendidik muzik serta penggiat seni suara yang hadir untuk menyertai bengkel SICSym 2025 dan mengikuti sesi kelas utama yang dikendalikan oleh tenaga pengajar bertaraf antarabangsa.

Sebanyak 20 kumpulan koir dari dalam dan luar negara turut hadir untuk menyertai SICFest 2025 pada kali ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan