Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci Makkah menjadikan jumlah keseluruhan 15 orang setakat ini. Foto Dato' Setia Dr. Naim (Facebook)

Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci

ByBernama

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci Makkah menjadikan jumlah keseluruhan 15 orang setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Nor Azamuddin Ahmad, 56, dari kumpulan KT073 menghembuskan nafas terakhir di Tanah Suci Makkah pada 5.10 petang semalam waktu tempatan akibat serangan jantung.

Beliau berkata jemaah lelaki itu menetap di Bangunan Marsa Al Jariah, Maktab 81 (PJH – Mahabbateen) dan beliau ditemani isteri, Rozina Saad ketika di Tanah Suci.

“Pihak Tabung Haji telah menguruskan pengesahan kematian dan memaklumkan berita pemergian kepada waris di tanah air. Segala urusan jenazah akan diuruskan oleh petugas haji, insya-Allah,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan mereka dikurniakan ketabahan dan kekuatan atas ujian itu.

“Marilah kita semua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin. Amin ya Rabbal ‘alamin,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan