Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba dari BBP Lopeng memadamkan kebakaran sebuah rumah di Jalan Beluru-Long Teru. Foto JBPM

Rumah musnah terbakar di Jalan Beluru-Long Teru

BELURU, 15 Jun: Sebuah rumah kayu musnah keseluruhan dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Beluru-Long Teru berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinjar di sini, petang tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 3.27 petang, Ahad.

“Sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng bersama sebuah jentera FRT dan EMRS digerakkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

Operasi pemadaman diketuai PBK II Gajau Jemat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan