Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiong memukul gong sebanyak tujuh kali sebagai simbolik perasmian. Foto TVS

RM100,000 untuk baik pulih Rumah Panjang Simon Ason

SIBU, 15 Jun: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Seri Tiong King Sing mengumumkan peruntukan sebanyak RM100,000 kepada Rumah Panjang Simon Ason bagi tujuan baik pulih dan penambahbaikan infrastruktur bersempena Majlis Ngiling Bidai di rumah panjang tersebut semalam.

Peruntukan itu akan disalurkan melalui Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) sebaik sahaja pelantikan rasmi Tuai Rumah dan penubuhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diselesaikan sepenuhnya.

“Buat masa ini, kita berdepan kekangan dari segi undang-undang kerana tiada JKKK yang sah, maka peruntukan rasmi tidak dapat disalurkan. Saya akan bincang dengan Pegawai Daerah Sibu agar proses pelantikan disegerakan,” katanya.

Selain itu, atas inisiatif peribadi, Tiong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong turut mengumumkan sumbangan RM15,000 kepada biro wanita rumah panjang tersebut bagi menjalankan pelbagai aktiviti dan menaik taraf kemudahan wanita.

Tuai Rumah Simon Ason menyambut baik pengumuman itu dan menyifatkannya sebagai suntikan semangat kepada penduduk 33 pintu rumah panjang tersebut.

“Peruntukan ini sangat bermakna kerana ia dapat membaik pulih bahagian rumah panjang yang terbengkalai seperti mozek, atap, tingkap dan kerja mengecat yang belum sempurna. Rumah kami walaupun dekat dengan Bandar Sibu namun sering tertinggal dalam arus pembangunan,” ujarnya.

Dalam ucapannya sebelum itu, Tiong berkata, perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat majmuk di Malaysia adalah penting.

“Rakyat perlu menolak fahaman ekstrem dan agenda perkauman serta keagamaan sempit yang dibawa pihak tertentu,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan