Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Datuk Fazruddin Abdul Rahman Foto TVS

Regatta Sejijak 2025: Usaha memperkasa pembangunan Kampung Sejijak dan Paroh

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 15 Jun: Kerajaan Sarawak terus komited memperkasakan pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong termasuk di Kampung Sejijak dan Kampung Paroh.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, penganjuran Regatta Sejijak 2025 yang memasuki edisi ke-15 tahun itu merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam merangsang pertumbuhan ekonomi dan sosial di kawasan tersebut.

Menurutnya, acara kali ini mengetengahkan sedikit kelainan dari segi penyertaan pengayuh yang mampu menarik lebih ramai peserta dari dalam serta luar negara.

“Pada tahun ini, kita memperkenalkan kelainan dengan menambah kategori antarabangsa dan kategori lokal, di mana pengayuh-pengayuhnya terdiri daripada peserta tempatan dan luar negara.

“Penyertaan ini tidak terhad kepada mana-mana pihak sahaja, malah pasukan-pasukan dari Indonesia turut hadir, bersama banyak lagi pasukan-pasukan lain yang memeriahkan acara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Regatta Sejijak 2025 yang disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di sini, hari ini.

Selain itu, Fazzrudin juga berharap agar pihak kerajaan negeri dapat menyediakan kemudahan yang lebih baik untuk memperkasa kehidupan penduduk di kedua-dua kampung berkenaan.

“Kita juga mengharapkan agar infrastruktur, terutamanya jeti, dapat diperbaiki dan dinaik taraf supaya ia dapat memberikan impak yang lebih positif khususnya dalam penganjuran regata seperti ini,” ujarnya.

Justeru, beliau turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam kejayaan Regatta Sejijak 2025 kali ini, termasuk ketua-ketua masyarakat, agensi-agensi kerajaan, serta para sukarelawan yang bekerja keras memastikan kelancaran acara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan