Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail meminta wanita dalam video itu tampil untuk membantu siasatan.
“Susulan penularan video itu, anggota polis terlibat telah dikenal pasti dan dikeluarkan daripada penugasan semasa, siasatan tatatertib juga sedang dijalankan ke atas anggota terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata polis mengesan video berdurasi satu minit 30 saat itu pada kira-kira 5 petang semalam, selepas dimuat naik seorang pengguna TikTok menggunakan akaun peribadi sebelum tular di Instagram.
Mohd Azam berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Hida Hayati menerusi talian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya 03-42897222 bagi membantu siasatan. -TVS.