Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang peniaga kerugian RM175,452.80 diperdaya sindiket penipuan tempahan barangan tidak wujud, kata Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Supt Azli Mohd Noor. Foto PDRM

Peniaga rugi hampir RM200,000 diperdaya sindiket penipuan tempahan tidak wujud

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 15 Jun: Seorang peniaga kerugian RM175,452.80 diperdaya sindiket penipuan tempahan barangan tidak wujud, kata Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Supt Azli Mohd Noor.

Beliau berkata pada 3 Jun lepas, mangsa lelaki berusia 50 tahun itu dihubungi oleh adik angkatnya yang memaklumkan dia ditawarkan projek membekal barangan sukan oleh Pejabat Kementerian Belia dan Sukan Putrajaya ke Kolej Universiti Bestari (KUB), Setiu.

Beliau berkata atas sebab kekangan kewangan, adik angkat mangsa tidak dapat menerima projek berkenaan dan menawarkannya kepada mangsa.

“Mangsa bersetuju menerima projek untuk menghantar tempahan barangan ke KUB pada 8 Jun.

“Pada masa sama, mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek wanita yang ingin membuat tempahan barangan lain pula seperti kurma, keris, dan plat. Suspek telah memberikan mangsa nombor telefon pembekal untuk dihubungi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata mangsa kemudian menghubungi suspek yang menyamar sebagai pembekal dan membuat bayaran secara berperingkat berjumlah RM175,452.80 ke beberapa akaun yang diberikan.

Bagaimanapun setelah diperiksa, mangsa mendapati suspek bukan petugas daripada pejabat Kementerian Belia dan Sukan Putrajaya seperti yang didakwa dan tempahan berkenaan juga tidak wujud.

“Mangsa membuat laporan polis pada 12.32 tengah hari semalam. Sumber kewangan mangsa ialah wang simpanan sendiri dan kenalannya yang juga rakan kongsi perniagaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan