Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee menyampaikan lesen kepada peserta pada Majlis Perasmian Penutupan Program Bantuan Lesen Memandu Kelas B2 (MyLesen) Peringkat kawasan DUN Jepak di Dewan Suarah Bintulu. Foto JPJ Sarawak

Penerima MyLesen digesa jadi pengguna jalan raya berhemah

BINTULU, 15 Jun: Penerima lesen memandu melalui Program Bantuan Lesen Memandu Kelas B2 (MyLesen) digalakkan menjadi contoh pengguna jalan raya berhemah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, ia selaras dengan aspirasi kerajaan mengurangkan kadar kematian akibat nahas jalan raya sebanyak 50 peratus menjelang 2030.

“Peserta MyLesen perlu memupuk sikap bertoleransi dan bertanggungjawab di jalan raya bagi mewujudkan budaya pemanduan yang selamat dan beretika,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Program MyLesen Peringkat DUN N.67 Jepak di Dewan Suarah Bintulu, semalam.

Seramai 671 peserta berjaya memperoleh lesen memandu kelas B2 menerusi program tersebut di kawasan DUN Jepak.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak turut merakamkan penghargaan kepada Pejabat Pusat Khidmat Jepak, Akademi Memandu Bintulu Sdn. Bhd. dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Turut hadir Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Jili, Timbalan Residen Bintulu, Abang Zainuddin Abang Turkey, Pegawai Daerah Bintulu, Awang Mohammad Nizam Awang Ali Bohan, Ketua Cawangan JPJ Bintulu, Fedrick Kedo dan Ketua Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Sarawak, Yusniman Mohamad.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan