Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak bakal melaksanakan pembinaan jalan raya baharu yang akan menghubungkan Kampung Sejijak dan Kampung Paroh dengan Kampung Segedup. Foto TVS

Pembangunan jalan baharu hubungkan Kampung Sejijak, Paroh dengan Kampung Segedup

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 15 Jun: Kerajaan Sarawak bakal melaksanakan pembinaan jalan raya baharu yang akan menghubungkan Kampung Sejijak dan Kampung Paroh dengan Kampung Segedup.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek berkenaan bertujuan untuk memudahkan perjalanan penduduk kampung serta mempercepatkan proses pembangunan di kawasan pinggir bandar yang semakin berkembang pesat.

“Jadi, saya rasa mungkin kita boleh melihat bagaimana kawasan Segedup dapat dihubungkan dengan lebih baik ke Emart Matang, yang juga terletak berhampiran Kampung Sejijak dan Kampung Paroh,” katanya ketika berucap menyempurnakan Majlis Penangguhan Regatta Sejijak 2025, di sini, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, dengan adanya jalan raya yang lebih baik ini, penduduk tidak lagi perlu menempuh perjalanan jauh dan memakan masa, menjadikan pergerakan harian mereka lebih lancar dan efisien.

“Maksudnya, saya membayangkan bahawa apabila projek jalan di Segedup siap kelak, laluan dari Segedup ke Emart Matang melalui Jambatan Tan Sri Sulaiman akan memberikan lebih banyak kemudahan kepada penduduk.

“Mungkin kita juga boleh mempertimbangkan untuk menyambungkan jalan dari Kampung Sejijak ke laluan tersebut. Dengan cara ini, penduduk tidak lagi perlu menggunakan jalan yang jauh dan mengambil masa yang lama. Ini adalah antara perancangan saya,” ujarnya.

Sementara itu, Abang Johari turut mengumumkan bahawa sebuah projek pembangunan sedang dirancang bagi menghubungkan kawasan Segedup dan Sejijak, sebagai usaha merapatkan hubungan dan meningkatkan akses antara kampung-kampung tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan