Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemerhati sukan tempatan, Dato Dr Pekan Ramli. Foto fail Bernama

Pemain warisan bukan penyelesaian jangka panjang

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 15 Jun: Kebergantungan terhadap pemain warisan dalam skuad bola sepak kebangsaan bukanlah satu penyelesaian jangka panjang sebaliknya hanya merupakan langkah sementara.

Pemerhati sukan tempatan, Dato Dr Pekan Ramli berkata, program pemain warisan perlu dilihat sebagai usaha jangka pendek untuk memperkukuh skuad Harimau Malaya dan tidak boleh dijadikan strategi utama pembangunan bola sepak negara.

“Kita harus melihat program pemain warisan ini sebagai penyelesaian jangka pendek bukan strategi kekal. Jika terlalu bergantung kepada mereka, ia boleh menjejaskan semangat dan peluang pemain tempatan,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Menurutnya, isu tersebut bukan hanya menyentuh aspek prestasi semasa pasukan tetapi juga melibatkan soal identiti dan kesinambungan pembangunan bakat tempatan.

“Negara-negara maju seperti Jepun dan Korea Selatan tidak lagi bergantung kepada pemain naturalisasi atau warisan kerana mereka memiliki sistem pembangunan akar umbi yang mantap,” ujarnya.

Mengambil contoh kejohanan Piala Dunia 2022, Pekan berkata, kebanyakan pasukan ternama termasuk dari Eropahclebih cenderung menghasilkan pemain melalui sistem pembangunan mereka sendiri.

“Kalau kita lihat, tidak banyak pasukan Eropah menggunakan pemain warisan. Mereka membangunkan pemain sendiri dari peringkat awal hingga ke pentas dunia,” jelasnya.

Beliau turut mengingatkan bilangan pemain warisan adalah terhad dan tidak boleh menjadi asas kepada pembinaan skuad jangka panjang.

“Sampai bila kita mahu bergantung kepada pemain warisan? Stoknya akan habis juga suatu hari nanti. Justeru, kita perlu melahirkan lebih ramai pemain tempatan yang kompetitif dan bersedia untuk bersaing di peringkat antarabangsa,” kata Pekan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan