Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu hilang kawalan dan terbabas ke dalam semak di kawasan Suai Lebuhraya Pan Borneo Kilometer 823.2 Miri-Bintulu. Foto IPD Miri

Lelaki maut, kereta dipandu remuk terbabas dalam semak di Suai

MIRI, 15 Jun: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu hilang kawalan mengakibatkannya terbabas ke dalam semak di kawasan Suai, Lebuhraya Pan Borneo Kilometer 823.2 Miri-Bintulu pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kemalangan jam 2 petang itu berlaku semasa sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 32 tahun datang dari arah Miri menuju ke Bintulu.

“Ketika sampai di kawasan Suai kereta yang dipandu telah hilang kawalan dan terbabas ke bahu kiri jalan dan telah masuk ke dalam kawasan semak menyebabkannya remuk.

“Pemandu kereta tersebut telah mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak polis menyeru agar mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kejadian ini supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohammad Amiruddin Hamdan di talian 018-9529957 / 085-4330479 atau mana- mana balai polis yang berhampiran. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan