Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki dikhuatiri hilang di hutan ketika keluar mencari katak di Sungai Asau dan Sungai Puyu di belakang Rumah Panjang Puyu, Sebauh, Bintulu. Foto JBPM

Lelaki dikhuatiri hilang ketika keluar cari katak

BINTULU, 15 Jun: Seorang lelaki dikhuatiri hilang di hutan ketika keluar mencari katak di Sungai Asau dan Sungai Puyu di belakang Rumah Panjang Puyu, Sebauh di sini, semalam.

Komander Operasi, Jemat Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 3.50 petang hari ini dengan menggerakkan dua anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi kejadian.

“BBP Bintulu terima panggilan terus daripada IPD Bintulu berkenaan mangsa Rudy Ranggau,36, dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumah lebih kurang jam 5 pagi semalam.

“Pencarian untuk mengesan mangsa dilakukan di sekitar kawasan rumah panjang tersebut dengan konsep L.A.S.T dalam radius pencarian sekitar enam kilometer dari rumah panjang mangsa dan sepanjang sungai tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pencarian ditangguhkan pada jam 5 petang atas arahan pihak polis kerana keadaan hutan yang gelap.

Sehingga kini, mangsa belum dijumpai, operasi SAR akan disambung semula esok hari.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan