Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abdul Yakub Arbi bersama-sama penduduk Rumah Ebbie Gat semasa Program Jiwa@Komuniti MADANI 3 sempena sambutan Ngiling Bidai. Foto UKAS Mukah

Komuniti MADANI perkukuh perpaduan masyarakat luar bandar

BALINGIAN, 15 Jun: Penubuhan Komuniti MADANI bukan sekadar menjadi jambatan antara kerajaan dan rakyat tetapi juga platform penting dalam memperkukuh perpaduan masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi berkata, inisiatif itu memberi tumpuan kepada penyampaian dasar pembangunan, maklum balas rakyat dan memupuk semangat cintakan negara merentas lapisan masyarakat.

“Kehadiran pelbagai lapisan komuniti membuktikan semangat perpaduan dan kedamaian yang menjadi teras kekuatan kita sebagai rakyat Malaysia,” katanya ketika merasmikan Program Jiwa@Komuniti MADANI 3 sempena sambutan Ngiling Bidai di Rumah Ebbie Gat, Sungai Seteras pada Sabtu.

Beliau turut menyeru agar Komuniti MADANI terus memainkan peranan aktif dalam menyalurkan maklumat sahih kepada masyarakat di samping memperkukuh kefahaman terhadap dasar kerajaan.

Mengulas sambutan Ngiling Bidai, beliau menyifatkannya bukan sahaja sebagai simbol penutupan Gawai Dayak tetapi lambang keharmonian budaya berbilang kaum di Sarawak yang diraikan bersama seperti Majlis Belanggar Meja dalam budaya Melayu selepas Aidilfitri.

“Apa yang penting ialah semangat kekeluargaan dan perpaduan dalam kepelbagaian bangsa, budaya dan agama. Inilah kekuatan sebenar Sarawak yang perlu dipelihara,” ujarnya.

Abdul Yakub turut menggesa rakyat menolak sebarang unsur perpecahan dan isu perkauman yang boleh menggugat keharmonian negara sambil menyifatkan Sarawak sebagai model Malaysia majmuk yang bersatu padu.

Program anjuran bersama Jabatan Penerangan, Komuniti MADANI 3 Sungai Balingian, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) serta pelbagai agensi lain itu turut melibatkan penglibatan aktif komuniti setempat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan