Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesawat Israel . Foto fail AFP

Iraq minta AS halang pesawat Israel guna ruang udaranya untuk serang Iran

ByBernama

ISTANBUL, 15 Jun: Iraq pada Sabtu meminta Amerika Syarikat (AS) menghalang pesawat Israel daripada menggunakan ruang udara Iraq untuk menyerang Iran, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.

“Baghdad telah meminta Amerika Syarikat memainkan peranannya untuk menghalang pesawat Israel daripada melanggar ruang udara Iraq, selaras dengan Perjanjian Kerangka Strategik,” lapor Agensi Berita Iraq memetik sumber kerajaan.

Sumber itu menekankan pentingnya menghormati kedaulatan Iraq dan keutuhan ruang udaranya, sambil menambah bahawa “AS, selaku negara yang mengetuai pakatan antarabangsa menentang Daesh, bertanggungjawab memastikan tiada pelanggaran yang boleh menjejaskan kedaulatan Iraq atau membahayakan keselamatannya.”

Israel melancarkan beberapa siri serangan terhadap wilayah Iran pada awal pagi Jumaat, menyasarkan kemudahan nuklear dan peluru berpandu, serta mengorbankan beberapa pegawai kanan tentera dan saintisnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan