Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agensi cuaca Jepun pada Ahad mengeluarkan amaran hujan lebat dan guruh di kawasan timur Jepun serta beberapa wilayah lain. Foto fail Envato.

Hujan lebat diramal landa timur Jepun – Agensi Cuaca

ByBernama

TOKYO, 15 Jun: Agensi cuaca Jepun pada Ahad mengeluarkan amaran hujan lebat dan guruh di kawasan timur Jepun serta beberapa wilayah lain, lapor Xinhua.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) memaklumkan pembentukan awan hujan di wilayah Tokai, Kanto dan Tohoku.

Menurut JMA, hujan lebat melebihi 30 milimeter sejam disertai guruh dijangka berlaku di kawasan timur Jepun.

Dalam tempoh sejam sehingga 6 pagi waktu tempatan, hujan lebat berjumlah 61 milimeter sejam direkodkan di Bandar Shimada, Wilayah Shizuoka, dengan beberapa kawasan mengeluarkan amaran tanah runtuh, menurut agensi itu.

Sementara itu, hujan yang melanda wilayah Kyushu di barat daya Jepun telah reda, namun berkemungkinan akan kembali lebat sehingga Selasa.

Agensi kajicuaca menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap kejadian tanah runtuh, banjir di kawasan rendah dan paras air sungai yang meningkat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan