Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa cedera di ibu jari kaki kanan dipercayai dipatuk ular tedung. Foto TVS

Dipatuk ular tedung ketika hendak ambil wuduk

ByTVS

KOTA KINABALU, 15 Jun: Hasrat seorang lelaki untuk mengambil wuduk di kawasan tandas Taman Awam Pantai Tanjung Aru semalam tidak kesampaian selepas dipatuk ular tedung dalam kejadian kira-kira jam 2 petang.

Mangsa yang berusia lingkungan 30-an dilaporkan diserang seekor ular hitam yang mengeluarkan bunyi dengusan dipercayai spesies ular tedung atau spitting cobra.

Serangan berlaku ketika mangsa berada berhampiran tandas awam taman berkenaan.

Mangsa segera mendapatkan bantuan daripada petugas Menara Penyelamat Pantai (MPP) Tanjung Aru sebelum dirawat secara awal dan dihantar ke hospital.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Kinabalu, Kapten (PA) Aizex Junior, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam sebelum menghantar anggota ke lokasi kira-kira 200 meter dari menara penyelamat.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan patukan pada ibu jari kaki kanan mangsa. Berdasarkan keterangan, ular berwarna hitam dan mengeluarkan bunyi dengusan disyaki spesies berbisa,” katanya.

Mangsa menerima rawatan awal di lokasi sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) menggunakan ambulans APM dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

Kes disifatkan sebagai insiden berisiko tinggi memandangkan lokasi kejadian adalah kawasan tumpuan awam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan