ISTANBUL, 15 Jun: Dua belon udara panas terhempas di tengah Turkiye, mengorbankan sekurang-kurangnya seorang dan mencederakan 19 yang lain, lapor penyiar rasmi TRT pada Ahad, menurut agensi berita Jerman (dpa).
Seorang pengemudi satu daripada belon yang terlibat dilaporkan terkorban.
Kejadian berlaku semasa penerbangan yang bermula di Lembah Ihlara yang indah, sebahagian daripada wilayah Cappadocia — destinasi pelancongan utama yang terkenal dengan pemandangan dramatik yang menarik ratusan ribu pelawat setiap tahun.
Punca nahas masih belum dapat dipastikan. – TVS