Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Telagus menghala ke Kuching hari ini. Foto JBPM Sarawak

Wanita maut, seorang cedera dalam kemalangan kendiri di Serian

SERIAN, 14 Jun: Seorang wanita maut manakala seorang lelaki cedera selepas kereta yang mereka naiki terbalik dalam kemalangan kendiri di Jalan Telagus menghala ke Kuching, petang tadi.

Komander Operasi, Rosnani Malong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.20 petang sebelum menggerakkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati sebuah kereta terlibat dalam kemalangan kendiri dan terbalik.

“Pemandu lelaki berusia 32 tahun berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba. Mangsa mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, penumpang wanita dikenali sebagai Nurfariedatul Syahida Hamri, 30, ditemui tidak sedarkan diri dan masih berada di dalam kenderaan.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudian menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak perubatan,” ujarnya

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan