Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar melawat Pameran Raja Kita di Limbang, Sarawak. Foto TVS

TYT Sarawak hadiri majlis jamuan teh sempena Hari Keputeraan Agong

BySalasiah Safian

LIMBANG, 14 Jun: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi berkenan menghadiri Majlis Jamuan Teh sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Peringkat Sarawak yang diadakan di Limbang hari ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut hadir memeriahkan majlis berkenaan.

Sebelum menghadiri majlis jamuan, Tun Wan Junaidi dan isteri sempat meluangkan masa melawat Pameran Raja Kita yang memaparkan sejarah dan peranan institusi diraja di Malaysia.

Majlis jamuan turut diserikan dengan acara memotong pulut kuning dan penyampaian sumbangan kepada 100 penerima dari kawasan Batu Danau dan Bukit Kota.

Antara tarikan utama majlis ialah persembahan kebudayaan etnik Sarawak seperti Melayu, Iban, Bidayuh, Lun Bawang, Bisaya dan lain-lain, yang memperlihatkan keunikan dan kepelbagaian budaya rakyat wilayah ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan