Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga emas cedera terkena serpihan kaca dalam letupan tong gas sebuah kediaman di Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Kidurong, Bintulu, hari ini. Foto JBPM

Tong gas meletup, warga emas cedera

BINTULU, 14 Jun: Seorang lelaki warga emas cedera selepas terkena serpihan kaca dalam kejadian letupan tong gas di sebuah kediaman di Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Kidurong, di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.33 tengah hari sebelum menggerakkan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan di lokasi, didapati berlaku letupan dari bahagian bawah kabinet tempat meletakkan tong gas. Pemeriksaan lanjut mendapati berlaku kebocoran pada salur gas dari tong ke dapur memasak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Letupan dipercayai berpunca daripada gas LPG yang terperangkap di ruang bawah kabinet sebelum menyambar api dan meletup.

Mangsa lelaki berusia 65 tahun mengalami kecederaan akibat serpihan kaca dan telah dihantar ke Hospital Nyabau untuk rawatan sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Tiada tindakan pemadaman dilakukan kerana tiada kebakaran. Pasukan bomba menjalankan kerja-kerja pengudaraan untuk mengeluarkan sisa gas dari ruang bawah kabinet,” ujarnya.

Setelah memastikan keadaan benar-benar selamat, pasukan bomba beredar dari lokasi dan operasi ditamatkan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan