Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tindakan pantas pekerja berjaya menyelamatkan kebakaran stor kilang kertas Jalan Dermaga, Pending Industrial, Kuching, hari ini.Foto JBPM

Tindakan pantas pekerja selamatkan stor kilang kertas terbakar

KUCHING, 14 Jun: Tindakan pantas pekerja berjaya mengawal kebakaran yang berlaku di sebuah stor kilang kertas di Jalan Dermaga, Kawasan Perindustrian Pending, di sini hari ini.

Komander Operasi, Tahir Tuah berkata, Pusat Gerakan Operasi Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada jam 9.42 pagi, sebelum mengerahkan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dengan bantuan BBP Padungan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan kertas yang telah diproses dan disimpan dalam sebuah stor. Kira-kira 20 peratus daripada stor berkenaan terbakar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, pekerja kilang berjaya memadamkan kebakaran awal menggunakan tiga unit alat pemadam api jenis debu kering, sebelum ketibaan pasukan bomba.

Pasukan bomba kemudiannya menjalankan kerja-kerja pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula yang disambungkan dari jentera bomba, serta melaksanakan kerja overhaul untuk memastikan api benar-benar padam dan tiada risiko nyalaan semula.

“Setelah memastikan keadaan selamat dan terkawal, anggota bomba berangkat pulang ke balai,” ujarnya.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan