Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pensyarah Kanan (Pengurusan) Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Aila Abd Latif.

SOME lonjak mekanisme pembiayaan karbon ASEAN

ByRegina Lee

KUCHING, 14 Jun: Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Tenaga (SOME) ke-43 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan yang dijadual berlangsung pada 16 hingga 18 Jun ini dijangka menjadi pemangkin kepada pembentukan mekanisme pembiayaan karbon serantau.

Langkah tersebut dijangka meningkatkan daya saing ASEAN sebagai hab tenaga hijau utama di Asia.

Pensyarah Kanan (Pengurusan) Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Aila Abd Latif berkata, hasil perbincangan dalam mesyuarat tersebut dijangka membuka ruang kepada pelaburan strategik bernilai tinggi dalam sektor tenaga bersih terutamanya melalui kerjasama rentas sektor dan dasar serantau yang lebih mesra pelabur.

“Kita berpotensi melihat pembentukan satu platform pemudah cara pelaburan serantau, di mana agensi khusus dapat menjadi penghubung antara kerajaan, industri dan institusi pembiayaan.

“Kewujudan mekanisme pembiayaan karbon ASEAN penting untuk mengurangkan kebergantungan kepada dana luar dan dalam masa sama, memperkukuh ekosistem pelaburan dalaman rantau ini,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Beliau berkata, inisiatif itu bakal memberi manfaat jangka panjang kepada negara anggota ASEAN, khususnya dari aspek kestabilan dana, daya tarikan pelabur global dan pembangunan projek teknologi hijau berimpak tinggi.

“Dasar pelaburan bersama yang jelas amat diperlukan untuk menarik pelabur asing, selain menyokong industri hijau tempatan agar lebih berdaya tahan,” ujarnya.

Dr Aila turut menyatakan pengukuhan dasar serantau dan komitmen kolektif negara-negara anggota akan merangsang pelaburan dalam sektor seperti tenaga solar, grid pintar serta teknologi bangunan hijau.

“Rundingan ini bukan sahaja perlu dilihat dari sudut teknikal, tetapi bagaimana ia menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan penciptaan pekerjaan dalam sektor hijau.

“Mekanisme pembiayaan karbon akan menjadi pemacu kepada transformasi dasar tenaga ke arah ekonomi hijau, termasuk pemindahan teknologi dan pembangunan tenaga kerja mahir di rantau ini,” jelasnya.

Sebagai pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia berpeluang menonjolkan kepimpinan dalam menyusun dasar kolektif serantau yang menyokong pelaburan mampan terutamanya dalam fasa pemulihan pasca pandemik serta menghadapi cabaran perubahan iklim global.

SOME merupakan mesyuarat tahunan yang menghimpunkan pegawai kanan negara-negara anggota ASEAN untuk membincangkan hala tuju dan strategi serantau dalam sektor tenaga. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan