Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee menghadiri Dialog Inspirasi Pendidikan Sarawak yang dianjurkan Persatuan Jalinan Anak Sarawak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), hari ini. Foto Amiruddin Shah (TVS)

Sarawak bangunkan pusat makmal sains di PPD

ByAmirah Shawel

TANJUNG MALIM, 14 Jun: Kerajaan Sarawak merancang untuk membangunkan pusat makmal sains di setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di wilayah itu bagi memperkukuh pembelajaran sains dalam kalangan pelajar.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, Miri telah dipilih sebagai lokasi pertama bagi pelaksanaan inisiatif tersebut.

“Inisiatif ini bertujuan memastikan pelajar di seluruh Bumi Kenyalang mendapat akses kepada pembelajaran sains yang menyeluruh dan berkualiti. Guru-guru boleh membawa pelajar mereka ke pusat makmal ini untuk menjalankan eksperimen atau sesi pembelajaran secara langsung,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Dialog Inspirasi Pendidikan Sarawak anjuran Persatuan Jalinan Anak Sarawak Universiti Pendidikan Sultan Idris, hari ini.

Menurut Dr Annuar, langkah tersebut diambil bagi mengatasi masalah kekurangan dan keusangan kemudahan makmal sains yang dihadapi oleh banyak sekolah terutamanya di kawasan luar bandar.

Sementara itu, menyentuh mengenai penubuhan Pusat Sains Sarawak, beliau memaklumkan Kerajaan Sarawak akan menyediakan satu modul khas bagi pelajar sekolah rendah untuk menggalakkan kunjungan ke pusat tersebut.

“Modul khas ini akan mencadangkan pelajar melawat pusat sains sebanyak empat kali. Tujuannya bukan untuk bermain, tetapi bagi melengkapkan tugasan tertentu dalam tempoh masa yang ditetapkan,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan pusat sains itu akan dilengkapi dengan kemudahan asrama bagi membolehkan pelajar menyelesaikan tugasan mereka dengan lebih selesa dan teratur.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan