Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim mengadakan lawatan ke Klinik Kesihatan Taman Samarindah,Kota Samarahan. Foto Hamzah Brahim Official FB

RM100,000 naik taraf Klinik Kesihatan Taman Samarindah

KOTA SAMARAHAN, 14 Jun: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi kerja-kerja menaik taraf Klinik Kesihatan Taman Samarindah.

Menurutnya, klinik berkenaan yang menampung kira-kira 30,000 penduduk di kawasan sekitarnya menerima purata 214 kunjungan pesakit setiap hari, merangkumi perkhidmatan rawatan pesakit luar, kesihatan ibu dan anak serta perkhidmatan asas lain.

“Dengan jumlah penduduk yang tinggi, kemudahan dan persekitaran klinik perlu sentiasa dipertingkat bagi memastikan perkhidmatan kesihatan disampaikan secara selesa dan berkesan,” katanya ketika mengadakan lawatan ke klinik itu semalam.

Dalam lawatan tersebut, Hamzah turut menyampaikan sumbangan khas sebanyak RM5,000 kepada Panel Penasihat Klinik Taman Samarindah bagi menjayakan aktiviti gotong-royong melalui peruntukan Special Projects (SP).

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Penaung Panel Penasihat Klinik, Jamain Mahmud, Pengerusi Arshad Othman, Timbalan Pengerusi Dr. Arron, kakitangan Klinik Kesihatan Taman Samarindah, ahli Rukun Tetangga, serta wakil Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Taman Samarindah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan