Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Vladimir Putin pada Jumaat menyatakan kesediaan Rusia untuk menjadi pengantara antara Israel dan Iran bagi membantu mengelakkan ketegangan daripada terus memuncak susulan gelombang serangan udara Israel ke atas wilayah Iran, menurut Kremlin.- Foto AFP

Putin tawar Rusia jadi pengantara dalam konflik Iran-Israel

ByBernama

ISTANBUL, 14 Jun: Presiden Vladimir Putin pada Jumaat menyatakan kesediaan Rusia untuk menjadi pengantara antara Israel dan Iran bagi membantu mengelakkan ketegangan daripada terus memuncak susulan gelombang serangan udara Israel ke atas wilayah Iran, menurut Kremlin.

Menurut Anadolu Ajansi, Putin mengadakan panggilan telefon berasingan dengan Presiden Iran Masoud Pezeshkian dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, serta mengecam serangan terbaru Israel ke atas Iran sambil menawarkan pengantaraan Rusia bagi meredakan ketegangan.

Dalam perbualan telefon dengan Netanyahu, Putin menekankan keperluan penyelesaian secara aman terhadap pertikaian Israel-Iran dan menggesa kembali ke meja rundingan.

“Kepentingan untuk menyelesaikan semua isu berkaitan program nuklear Iran secara eksklusif melalui kaedah politik dan diplomatik turut ditekankan,” menurut Kremlin dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa Moscow bersedia menawarkan khidmat pengantaraan “bagi mengelakkan ketegangan selanjutnya.”

Pejabat Perdana Menteri Israel sebelum itu memaklumkan bahawa Netanyahu merancang untuk memberi taklimat kepada Putin mengenai perkembangan terkini.

Dalam perbualannya dengan Pezeshkian, Putin menyampaikan ucapan takziah kepada kepimpinan dan rakyat Iran berhubung korban akibat serangan Israel. Moscow turut “mengutuk sekeras-kerasnya” tindakan Israel yang disifatkan melanggar Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa.

Putin menegaskan semula sokongan penuh Rusia terhadap usaha damai dalam menyelesaikan isu berkaitan program nuklear Iran.

Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei berikrar akan memberikan respons keras, yang bermula pada Jumaat malam susulan operasi ketenteraan Israel pada awal pagi hari yang sama, menyasarkan kemudahan nuklear dan ketenteraan Iran serta membunuh beberapa pegawai tertinggi tentera dan saintis terkemuka negara itu.

Serangan berterusan sehingga Jumaat malam melibatkan bandar seperti Tehran, Natanz, Tabriz dan Isfahan.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan