Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Maria Suleiman (empat kanan) menyempurnakan simbolik perasmian Program Jom Sihat Sandakan 2025 di Sejati Walk. Foto TVS

Penyakit tidak berjangkit meningkat di Sabah

SANDAKAN, 15 Jun: Sabah kini berdepan peningkatan ketara penyakit tidak berjangkit yang dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan gaya hidup sedentari.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Maria Suleiman berkata, negeri itu sedang menanggung beban berganda iaitu kekurangan zat makanan dalam kalangan segelintir masyarakat dan lebihan pengambilan kalori dalam kalangan yang lain.

“Malaysia berdepan dua cabaran besar iaitu kekurangan zat makanan di satu pihak dan lebihan kalori serta pemilihan makanan kurang sihat di pihak lain. Jika kita makan secara berlebihan, kita terdedah kepada penyakit seperti diabetes, dislipidemia dan tekanan darah tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Jom Sihat Sandakan yang berlangsung di Sejati Walk, Sabtu lalu.

Program tersebut juga selaras dengan Dasar Pemakanan Negara yang bertujuan mewujudkan sistem makanan yang lestari serta memastikan akses kepada diet sihat dan berkhasiat untuk semua rakyat Malaysia.

Dr Maria turut mendedahkan peningkatan ketara kes angin ahmar di Sabah pada tahun 2024 dengan 298 kes baharu direkodkan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dan 198 kes di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Kebanyakan kes tersebut katanya berpunca daripada tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.

Beliau menyeru masyarakat khususnya di Sandakan dan seluruh Sabah agar mengawal corak pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengelakkan masalah malnutrisi dan penyakit kronik.

“Amalkan pemakanan sihat dan tingkatkan aktiviti fizikal untuk membakar kalori berlebihan,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan