Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pencalonan untuk Anugerah Seni Negeri Sarawak kini dibuka.

Pencarian Tokoh Seni Sarawak bermula

KUCHING, 14 Jun: Pencarian individu cemerlang dalam bidang seni persembahan untuk dinobatkan sebagai Tokoh Seni Negeri Sarawak 2025 kini dibuka menerusi Anugerah Seni Negeri Sarawak (ASNS) 2025.

Penganjuran anugerah itu adalah inisiatif Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sarawak dengan kerjasama Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan bertujuan menghargai sumbangan penggiat seni negeri ini.

“Selain kategori Tokoh Seni, ASNS turut menampilkan beberapa kategori lain iaitu Anugerah Pendukung Seni Sarawak bagi badan bukan kerajaan, agensi kerajaan, syarikat korporat dan media,” kata JKKN dalam kenyataan.

Pencalonan dibuka mulai 1 Jun hingga 1 Julai 2025, dan terbuka kepada persatuan seni budaya, penggiat industri, karyawan, entiti korporat serta individu.

Borang pencalonan dan syarat penyertaan boleh didapati melalui kod QR pada poster rasmi atau di Pejabat JKKN Sarawak. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 1 Julai 2025, jam 12 tengah hari.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Urus Setia Jawatankuasa Pencalonan ASNS 2025 di talian 082-422006 pada waktu pejabat atau pegawai penyelaras, Juhan Junaidi melalui WhatsApp di 011-3561 1513.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan