Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee menghadiri Dialog Inspirasi Pendidikan Sarawak yang dianjurkan Persatuan Jalinan Anak Sarawak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), hari ini. Foto Amiruddin Shah (TVS)

Peluang Sama Rata bagi semua program pendidikan

ByAmirah Shawel

TANJUNG MALIM, 14 Jun – Sektor pendidikan di Sarawak memerlukan pendekatan inklusif dan menyeluruh bagi memastikan semua program mendapat peluang yang seimbang, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, pendekatan sebegini penting bagi meningkatkan mutu sistem pendidikan serta pembangunan kemahiran yang selari dengan keperluan semasa dan masa depan.

“Penggunaan teknologi dalam pendidikan kini menjadi satu keperluan, terutama dalam era pasca pandemik. Namun, cabaran utama yang dihadapi ialah jurang digital yang ketara antara kawasan bandar dan luar bandar,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee semasa Dialog Inspirasi Pendidikan Sarawak anjuran Persatuan Jalinan Anak Sarawak Universiti Pendidikan Sultan Idris, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Sarawak perlu mencari penyelesaian bagi memastikan semua sekolah di wilayah itu mendapat akses kepada teknologi yang dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

“Meskipun terdapat usaha dan kemajuan ketara dalam memperluas akses kepada pendidikan, jurang antara kawasan bandar dan luar bandar masih wujud. Banyak kawasan pedalaman masih kekurangan kemudahan pendidikan yang sempurna, sekali gus menyukarkan usaha menyediakan peluang yang sama rata kepada semua pelajar,” ujarnya.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak sentiasa komited memperkasa sektor pendidikan melalui pelbagai program dan inisiatif, dengan memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur, kemudahan asas serta penglibatan aktif masyarakat.

Dalam pada itu, Abang Johari turut menekankan keperluan menyediakan latihan berterusan kepada para guru agar mereka dapat mengaplikasikan pendekatan pengajaran yang progresif dan relevan dalam mendidik generasi muda Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan