Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew pada Bengkel Pendidikan Alam Sekitar anjuran bersama IPGKS dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) di Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak hari ini. Foto TVS

Pelatih guru ejen perubahan kelestarian alam sekitar

ByVanessa Enjop

MIRI, 14 Jun: Pelatih guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) digesa memainkan peranan aktif sebagai ejen perubahan dalam mendidik generasi muda mengenai kelestarian alam sekitar dan perubahan iklim.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, guru bukan sekadar menyampaikan kurikulum, malah menjadi pencetus nilai kelestarian melalui pendekatan gaya hidup lestari dan aktiviti komuniti.

“Sebagai guru, anda bukan hanya penyampai ilmu, tetapi juga pemacu kesedaran alam sekitar dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan masyarakat. Ini boleh dicapai menerusi projek luar bilik darjah, aktiviti komuniti dan gaya hidup mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Pendidikan Alam Sekitar anjuran bersama IPGKS dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) di sini, hari ini.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg komited memperkukuh agenda kelestarian menerusi pelbagai dasar dan inisiatif.

Tambahnya, ia termasuk Ordinan Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau 2023, Dasar Perubahan Iklim Sarawak, pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui seperti hidroelektrik, solar dan biojisim serta pemuliharaan hutan dan kawasan paya bakau melalui pendekatan karbon biru.

“Sarawak kini menuju ke arah negeri karbon rendah dengan pendekatan berasaskan sains, inovatif dan inklusif. Matlamat kita adalah untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050 dan menjadi peneraju ekonomi hijau serantau,” ujarnya.

Sebagai bukti komitmen katanya, kerajaan memperuntukkan RM30.7 juta pada tahun lalu untuk penubuhan Kelab PALS (Program Alam Sekitar Lestari Sarawak) di semua sekolah dengan sasaran 100 peratus penyertaan sekolah menjelang tahun hadapan.

Bengkel tersebut merupakan sebahagian daripada usaha memperluas jaringan pendidikan alam sekitar dalam kalangan bakal pendidik sebagai langkah awal memperkukuh kesedaran iklim di peringkat akar umbi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan