Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang menghadiri Majlis Town Hall Discussion PDRM Kontinjen Sarawak Jom Berambeh Cegah Jenayah. Foto TVS

Masyarakat ejen cegah jenayah

KOTA SAMARAHAN, 14 Jun: Masyarakat diseru untuk terus berperanan sebagai mata dan telinga pihak berkuasa dalam membanteras jenayah khususnya melibatkan penyalahgunaan dadah dan perjudian haram yang semakin menular selari dengan pesatnya pembangunan di kawasan seperti Kota Samarahan.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, kerjasama komuniti amat penting dalam membantu pihak polis mengesan dan membanteras aktiviti jenayah yang berlaku di kawasan mereka.

“Kaedah-kaedah yang lebih konkrit perlu diwujudkan, dan Sarawak merupakan antara negeri yang serius menangani isu ini.

“Kita lihat AADK, dengan sokongan polis, pejabat daerah dan PEMADAM, telah banyak membantu menangani kegiatan jenayah di peringkat komuniti. Nak hapuskan sepenuhnya memang sukar, tetapi kita akan cuba kawal sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Town Hall Discussion PDRM Kontinjen Sarawak: Jom Berambeh Cegah Jenayah yang berlangsung di Kota Samarahan, hari ini.

Menurut Rubiah, meskipun kadar jenayah di Sarawak secara keseluruhannya terkawal, penyalahgunaan dadah kekal sebagai ancaman utama lebih-lebih lagi dengan pembukaan jalan baharu dan pertambahan kawasan perumahan yang memberi laluan lebih mudah kepada kegiatan sindiket.

Mengulas isu perjudian haram, Ahli Parlimen Samarahan itu memaklumkan tindakan penguatkuasaan sering dilaksanakan, namun kegiatan tersebut kerap berulang disebabkan ketiadaan undang-undang yang benar-benar kukuh.

“Kita tak pernah beri lesen kepada premis-premis sebegini. Bila dimaklumkan tentang aktiviti ini, kita terus ambil tindakan sama ada siasatan, serbuan atau tangkapan.

“Namun, selagi tiada undang-undang yang konkrit, aktiviti ini tetap berulang,” ujarnya.

Beliau turut menggesa masyarakat agar tidak berdiam diri sebaliknya tampil melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan agar tindakan segera dapat diambil oleh pihak berkuasa.

“Kita perlukan komuniti sebagai ejen perubahan. Jika semua ambil tanggungjawab, kita dapat jaga keselamatan dan keharmonian kawasan kita bersama,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan