Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyanyi dan komposer terkenal kelahiran Lubnan-Sweden, Maher Zain bakal mengadakan konsert di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Singapura, Ogos ini selepas enam tahun tidak berkunjung ke negara ini. Foto Maher Zain (Facebook)

Maher Zain kembali dengan konsert jelajah Asia Tenggara

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Penyanyi dan komposer terkenal kelahiran Lubnan-Sweden, Maher Zain bakal mengadakan konsert di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Singapura, Ogos ini selepas enam tahun tidak berkunjung ke negara ini.

Konsert Jelajah Asia Tenggara 2025 itu akan menyaksikan Maher, 44, tampil di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini, pada 16 Ogos; The Star Theatre, Singapura (21 Ogos) dan Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, Sabah (23 Ogos).

Pelantun yang terkenal dengan lagu-lagu berunsur kerohanian seperti Insha Allah, Baraka Allahu Lakuma dan Thank You Allah itu, turut dijangka membawakan karya terbaharunya iaitu Qalbi Fil Madinah dan Rahmatun Lil’Alameen dalam konsert jelajah yang dianjurkan oleh Yayasan Tengku Abdullah (YTA).

Maher berkata beliau sangat teruja untuk kembali ke Malaysia bagi menjayakan konsert istimewa itu, sekali gus menghiburkan peminat yang sudah lama merindukan kemunculannya.

“Malaysia merupakan bab yang sangat penting dalam kerjaya saya, mungkin lebih bermakna berbanding negara lain. Hanya segelintir artis yang boleh berkata bahawa sesebuah negara telah memainkan peranan sebesar ini dalam membentuk permulaan kerjaya nyanyian mereka,” katanya pada sidang media secara maya bersama media tempatan, baru-baru ini.

Sementara itu, wakil barisan pengurusan kanan YTA Dr Mohd Afiq Farhan Md Hanif berkata konsert tersebut bukan sekadar hiburan, malah menjadi medium menyampaikan mesej kasih sayang, perpaduan dan harapan yang melangkaui sempadan budaya dan komuniti.

“Di YTA, kami percaya pada kepentingan memupuk masyarakat yang menghargai seni, ekspresi positif dan nilai-nilai murni. Konsert ini bukan sahaja tentang hiburan, tetapi juga untuk menyebarkan mesej kasih sayang, kecekalan dan harapan yang melangkaui pentas,” katanya.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang www.maherzainseatour.com untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan konsert dan tiket. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan