Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir merakam gambar kenangan bersama pasukan yang bertanding selepas perlawanan akhir berlangsung di Gelanggang Futsal Rumah Jalie Anak Ebon, Lubok Pisang, Kabong hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

Lion 3 FT juara Gawai Raya

ByTVS

KABONG, 14 Jun 2025: Pasukan Lion 3 FT dinobatkan sebagai juara Pertandingan Futsal Gawai Raya Lelaki Terbuka 2025 selepas menewaskan SILURIFORMES FC dengan keputusan 2-1 dalam aksi final yang berlangsung di Gelanggang Futsal Rumah Jalie Anak Ebon, Lubok Pisang, hari ini.

Kejohanan tersebut dianjurkan Pergerakan Pemuda PBB Kabong dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Kabong dan SABERKAS Cawangan Kabong serta berjaya menghimpunkan 16 pasukan dari pelbagai kawasan termasuk Kuching, Saratok, Sebuyau, Sarikei dan Kabong.

Sebagai juara, Lion 3 FT membawa pulang wang tunai RM1,500, piala kejohanan dan pingat.

Naib juara, SILURIFORMES FC pula menerima RM1,000, turut disertakan piala dan pingat.

Tempat ketiga dimenangi oleh HYC FT yang meraih RM700, manakala Sessang Tigris X di tempat keempat menerima RM400. Semua pasukan yang memenangi tempat turut menerima piala dan pingat penghargaan.

Anugerah khas individu dimenangi Aiman Owen Chuo (Lion 3 FT) – Penjaring Terbanyak, Khairul Abjad (SILURIFORMES FC) – Penjaga Gol Terbaik dan Mohamad Adib Zhafran (Lion 3 FT) – Pemain Terbaik.

Setiap penerima anugerah individu membawa pulang RM100 berserta piala penghargaan.

Ketua Pergerakan Pemuda PBB Kabong, Abdul Rahim Peli, dalam ucapannya berharap kejohanan seperti itu dapat diteruskan pada masa akan datang, memandangkan sambutan amat menggalakkan daripada golongan belia.

Sementara itu, ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir merakamkan ucapan tahniah kepada pihak penganjur atas kejayaan menganjurkan kejohanan tersebut.

Beliau berkata, aktiviti seperti itu mampu memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan perpaduan dalam kalangan masyarakat khususnya belia.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan