Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
BDA memandang serius isu kebersihan premis makanan dan akan terus melaksanakan pemeriksaan berkala secara berterusan. Foto BDA

Lima premis makanan di Bintulu diarah tutup

BINTULU, 14 Jun: Sebanyak lima daripada 35 premis makanan yang diperiksa di sekitar Bintulu minggu ini telah diarahkan tutup sementara oleh Unit Kawalan Kebersihan dan Keselamatan Makanan, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

Menurut kenyataan BDA, tindakan itu diambil selepas premis berkenaan didapati melanggar Seksyen 23(1), Ordinan Perlindungan Kesihatan Awam 1999 kerana gagal mengekalkan tahap kebersihan yang memuaskan.

“Pemeriksaan mendapati premis-premis ini berisiko kesihatan kerana kehadiran tikus dan serangga pembawa penyakit. Tindakan penutupan diambil bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dilakukan,” menurut BDA.

Daripada lima premis yang dikenakan tindakan, dua terletak di pusat bandar, dua di kawasan Kidurong dan satu di Ngiyu.

BDA menegaskan pihaknya memandang serius isu kebersihan dan akan terus melaksanakan pemeriksaan berkala bagi memastikan semua pengendali makanan mematuhi peraturan serta garis panduan kesihatan awam.

“Tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana premis yang gagal mematuhi piawaian ditetapkan,” tambah kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan