Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden FAS Dato Fazzrudin Abdul Rahman membuang undi semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) 2025/2027 di Hotel Merdeka Palace di Kuching pada Sabtu. Foto UKAS

Liga Bola Sepak Premier Sarawak bermula September ini

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 14 Jun: Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Dato Fazzrudin Abdul Rahman mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan Liga Bola Sepak Premier Sarawak yang dijadualkan bermula September ini.

Menurutnya, penganjuran liga tersebut bertujuan memperkukuh pembangunan sukan bola sepak di peringkat akar umbi dan mencungkil bakat baharu dari setiap bahagian di Sarawak.

“Objektif utama saya adalah untuk membawa bola sepak ke peringkat akar umbi. Kita mahu menghidupkan semula kemeriahan bola sepak di setiap bahagian,” katanya selepas diumumkan sebagai Presiden baharu FAS di sini, hari ini.

Fazzrudin menjelaskan bahawa liga tersebut akan menggunakan format ‘home’ dan ‘away’ dengan setiap pasukan mewakili bahagian masing-masing.

“Sebagai contoh, jika pasukan Sibu menentang Sri Aman, perlawanan pertama akan diadakan di Sri Aman manakala perlawanan timbal balik akan berlangsung di Sibu. Dengan cara ini, penyokong di kedua-dua kawasan dapat menikmati dan menyokong pasukan tempatan mereka secara langsung,” ujarnya.

Beliau menyifatkan pelaksanaan liga tersebut sebagai langkah penting untuk menyusun semula struktur bola sepak negeri di samping membuka lebih banyak ruang kepada penyertaan pemain, jurulatih dan penggiat sukan tempatan.

Fazzrudin turut memaklumkan perincian lanjut berkenaan pelaksanaan liga termasuk aspek penyertaan, fasiliti, penajaan dan pengurusan teknikal akan dibincangkan bersama barisan naib presiden FAS dalam masa terdekat.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan