Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas dua kenderaan bertembung dalam nahas di Jalan Machang–Kuala Krai berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Samad, awal pagi tadi. Foto JBPM Kelantan (FB)

Lelaki maut dalam nahas babitkan dua kenderaan di Jalan Machang-Kuala Krai

ByBernama

KOTA BHARU, 14 Jun: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas dua kenderaan bertembung dalam nahas di Jalan Machang–Kuala Krai berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Samad, awal pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Machang Mohd Suhaimi Razali berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi sistem MERS999 pada 12.25 tengah malam sebelum mengerahkan satu jentera bersama enam anggota ke lokasi kejadian.

Beliau berkata sebaik tiba di lokasi pada 12.43 pagi, pasukan mendapati kemalangan melibatkan sebuah Honda Accord dan Perodua Axia yang dipercayai datang dari arah bertentangan sebelum bertembung.

“Hasil pemeriksaan mendapati pemandu Honda Accord tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua mangsa dalam Perodua Axia, iaitu pemandu dan penumpang cedera. Semua mangsa dikeluarkan menggunakan peralatan khas Power Unit Rescue Tool,” katanya ketika dhubungi hari ini.

Operasi menyelamat tamat pada 2.13 pagi.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan