Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ewon Benedick bersama-sama peserta Program Maju Usahawan MADANI di Tag Valley, Kota Belud selepas merasmikan penutupan program itu. Foto Media DEB

KUSKOP komited perkukuh ekosistem keusahawanan

KOTA BELUD, 14 Jun: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) komited memperkukuh kerjasama strategik merentas agensi, institusi kewangan, kerajaan negeri, sektor swasta dan komuniti usahawan bagi membentuk ekosistem keusahawanan negara yang progresif, mampan dan inklusif.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, sinergi antara semua pihak berkepentingan amat penting bagi melonjakkan pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

“KUSKOP akan terus menyokong pembangunan keusahawanan bersama agensi pelaksana seperti CEDAR, institusi pembiayaan seperti SME Bank, serta agensi kerajaan negeri dan rakan industri,” katanya ketika merasmikan penutupan Program Maju Usahawan MADANI di Tag Valley, di sini, kelmarin.

Menurut Ewon, program Maju Usahawan MADANI yang diterajui SME Bank merupakan inisiatif strategik Belanjawan 2025 bagi meningkatkan daya tahan dan daya saing PMKS di seluruh negara.

“Program ini memberi penekanan kepada latihan intensif dan pembangunan kemahiran insaniah, sejajar dengan Strategi Pemerkasaan Kapasiti Usahawan dalam Perancangan Strategik KUSKOP 2025,” ujarnya.

Siri kedua program di Sabah itu melibatkan penyertaan 40 usahawan dari Kota Belud, Kota Marudu dan Kota Kinabalu, selepas sesi pertama diadakan di Tawau bulan lalu.

Setakat Mei 2025, seramai 1,361 usahawan dari seluruh negara menyertai program tersebut termasuk 148 peserta dari Sabah.

“Kehadiran peserta yang tinggi di Sabah mencerminkan penerimaan positif serta keberkesanan pendekatan program dalam memperkasakan keupayaan perniagaan tempatan,” jelas Ewon.

Program tersebut dilaksanakan menerusi CEDAR, anak syarikat SME Bank yang memainkan peranan penting dalam membangunkan modul latihan berimpak tinggi hasil libat urus bersama usahawan.

“Setiap modul dirangka untuk memperkukuh pengetahuan, mempertingkatkan inovasi serta mempersiapkan usahawan bersaing di peringkat lebih tinggi,” kata Ewon – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan