Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melawat tapak projek Jambatan Limbang hari ini. Foto Salasiah Safian (TVS)

Jambatan Limbang dijangka siap April 2026

BySalasiah Safian

LIMBANG, 14 Jun: Jambatan Limbang dijangka siap sepenuhnya dan boleh digunakan menjelang April 2026 sekali gus bakal memendekkan masa perjalanan dari Limbang ke Brunei Darussalam.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek strategik berkenaan menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dengan struktur utama jenis cable-stayed dijangka siap seawal hujung tahun ini.

“Saya dimaklumkan bahawa struktur jambatan ini berkemungkinan siap menjelang Disember. Jika semuanya berjalan lancar, ia boleh digunakan sekitar April 2026,” katanya selepas melawat tapak pembinaan jambatan tersebut hari ini.

Menurutnya, jambatan itu bukan sahaja akan merapatkan hubungan antara Limbang dan Brunei Darussalam malah memperkukuh jaringan perdagangan serta pelancongan antara kedua-dua wilayah.

“Sekarang ini kita sudah mempunyai hubungan dagangan yang baik dengan Brunei termasuk dengan kehadiran Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Brunei (STATOB) di negara itu. Apabila jambatan ini siap, ia akan meningkatkan lagi kerjasama antara kedua-dua kerajaan,” ujarnya.

Abang Johari berkata, Bandar Seri Begawan berpotensi menjadi pintu masuk utama pelancong ke Sarawak yang seterusnya boleh mengakses pelbagai destinasi menarik melalui Jambatan Limbang dalam masa hanya 30 minit.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan pembangunan infrastruktur jalan dari Limbang ke Gunung Buda sedang giat dijalankan dan akan disambung ke kawasan Gunung Mulu sekali gus membuka laluan pelancongan berasaskan alam semula jadi.

“Gunung Buda adalah sebahagian daripada kawasan Gunung Mulu. Kita juga sedang membangunkan jalan dari Miri ke Marudi yang kini sudah ada jambatan dan dari Marudi ke Long Terawan sebelum disambungkan ke Gunung Buda.

“Ini akan membentuk satu laluan lengkap atau one loop yang membolehkan pelancong bergerak dari Brunei ke Limbang dan terus ke Mulu melalui Gunung Buda sekali gus memudahkan mobiliti dan merangsang sektor pelancongan berasaskan alam sekitar untuk kedua-dua negara,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan