Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Iran melancarkan serangan pusingan kedua ke atas sasaran di dalam Israel dengan media Israel melaporkan beberapa letupan besar ketika peluru berpandu menghujani wilayah itu. Foto AFP

Iran lancar gelombang kedua serangan ke atas Israel

ByBernama

TEHRAN, 14 Jun: Iran melancarkan serangan pusingan kedua ke atas sasaran di dalam Israel dengan media Israel melaporkan beberapa letupan besar ketika peluru berpandu menghujani wilayah itu, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Laporan itu menyatakan peluru berpandu dilancarkan dari ibu negara Tehran dan Kermanshah di barat Iran ke arah sasaran jauh di dalam Israel.

Iran memulakan serangan balas terhadap sasaran Israel pada Jumaat malam waktu tempatan, selepas pencerobohan Israel yang menyasarkan beberapa lokasi di Iran termasuk kawasan kediaman.

Imej dan rakaman jelas yang dirakam oleh penduduk Israel menunjukkan peluru berpandu Iran meletup sebaik mengenai sasaran dan menghasilkan bola api besar.

Pegawai kanan tentera Iran Jeneral Ahmad Vahidi berkata “Operation True Promise 3” — nama yang diberikan kepada serangan balas Iran — akan diteruskan selagi perlu.

Semalaman pada Jumaat, rejim Israel melancarkan siri serangan ketenteraan di sekitar ibu negara Iran, Tehran serta beberapa bandar lain. Menjangkakan tindak balas hebat dari Iran, Menteri Hal Ehwal Ketenteraan Israel, Israel Katz, mengisytiharkan darurat di seluruh Israel.

Tentera Israel juga melancarkan serangan menyasarkan pegawai tertinggi tentera Iran. Pengerusi Ketua Turus Angkatan Tentera Iran Mejar Jeneral Mohammad Baqeri dan Panglima Tertinggi IRGC Mejar Jeneral Hossein Salami terbunuh dalam serangan di Tehran.

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei melantik pegawai tertinggi tentera yang baharu pada hari yang sama.

Menurut Wakil Tetap Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sa’eed Iravani, serangan Israel setakat ini telah meragut 78 nyawa termasuk pegawai tertinggi tentera manakala 320 lagi cedera.

Sementara itu, di pusat bandar Tehran, sistem pertahanan udara sedang menangkis serangan dron dan quadcopter Israel yang berlegar di ruang udara kawasan kejiranan pada waktu malam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan