Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menyeru semua institusi pengajian tinggi menubuhkan fakulti berkaitan kecerdasan buatan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja. Foto TVS

IPT disaran tubuh fakulti AI

TAWAU, 14 Jun: Semua institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk kolej komuniti disaran mewujudkan program dan fakulti berkaitan kecerdasan buatan (AI) bagi memenuhi keperluan semasa pasaran kerja.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, langkah itu penting memandangkan teknologi AI kini semakin meluas digunakan dalam pelbagai sektor ekonomi negara.

“Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi perintis dalam bidang ini menerusi penubuhan Fakulti AI yang pertama,” katanya selepas menyerahkan watikah pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Negeri Sabah, di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata, kolej komuniti perlu mengadaptasi kandungan kursus agar lebih dinamik dan selari dengan kehendak industri semasa.

“Kita akan teliti semula peranan kolej komuniti yang tidak boleh kekal dengan pendekatan lama. Ia perlu lebih fleksibel dan terbuka dalam menawarkan program yang mampu membuka peluang pekerjaan kepada graduan,” ujarnya.

Pada majlis sama, Zambry turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 bagi setiap kolej komuniti di Sabah untuk pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti pembangunan pelajar.

Untuk rekod, kerajaan memperuntukkan RM50 juta menerusi Belanjawan 2025 bagi menyokong pembangunan bidang kecerdasan buatan di Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan