Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Pertahanan Negara (DND) Filipina pada Sabtu mengesahkan pemerolehan 12 pesawat tempur ringan FA-50 Block 70 daripada Korea Aerospace Industries, Ltd (KAI) dari Korea Selatan sebagai sebahagian daripada program pemodenan Angkatan Tentera negara itu. Foto hiasan AFP

Filipina beli 12 pesawat tempur ringan FA-50 dari Korea Selatan

ByBernama

MANILA, 14 Jun: Jabatan Pertahanan Negara (DND) Filipina pada Sabtu mengesahkan pemerolehan 12 pesawat tempur ringan FA-50 Block 70 daripada Korea Aerospace Industries, Ltd (KAI) dari Korea Selatan sebagai sebahagian daripada program pemodenan Angkatan Tentera negara itu, lapor Xinhua.

Kontrak bernilai lebih US$700 juta itu dimuktamadkan awal bulan ini dengan pengeluaran notis untuk memulakan pelaksanaan.

Menurut DND, pemerolehan itu termasuk peralatan misi, sokongan logistik bersepadu, serta sistem maklumat latihan dan logistik.

FA-50 Block 70 merupakan versi terbaharu dalam platform FA-50 yang dilengkapi avionik termaju, sistem radar moden dan jarak operasi yang lebih jauh.

DND memaklumkan penghantaran pesawat itu akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan penyerahan penuh dijangka selesai menjelang 2030. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan