Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Skuad hoki lelaki kebangsaan bakal berdepan tekanan tinggi apabila turun menentang Pakistan pada aksi pertama Kumpulan B bagi Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini esok. Foto fail Bernama.

Bermain di laman sendiri bukan jaminan kemenangan Speedy Tigers

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Skuad hoki lelaki kebangsaan bakal berdepan tekanan tinggi apabila turun menentang Pakistan pada aksi pertama Kumpulan B bagi Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini esok.

Kapten pasukan Muhammad Marhan Mohd Jalil mengakui beraksi di hadapan penyokong sendiri bukan satu perkara mudah, namun beliau berharap pemain-pemain negara dapat menyerap tekanan itu dalam memburu kemenangan pertama yang dijangka mampu memberi suntikan motivasi buat Speedy Tigers.

“Bagi saya setiap perlawanan, dekat mana-mana pasti ada tekanan terutama bila bermain di halaman sendiri sebab kita nak bagi keputusan yang terbaik.

“Jadi, pasukan perlu lebih disiplin dalam padang seawal minit pertama sehingga habis. Ini kerana perlawanan pertama ini penting dan kita perlu menang untuk tingkatkan motivasi serta peluang mara ke separuh akhir,” katanya pada sidang media praperlawanan di sini hari ini.

Muhammad Marhan ketika diminta mengulas mengenai perlawanan itu menyifatkan Pakistan sebagai pasukan yang kuat, selain memiliki kelebihan menerusi pakar pukulan sudut penalti Sufyan Khan.

Beliau bagaimanapun berharap agar barisan pemain negara tidak terlalu memberi tumpuan kepada pemain itu kerana beliau percaya Pakistan mempunyai strategi yang berbeza.

“Kami tak boleh fokus kepada seorang sahaja kerana kita perlu ingat mereka (Pakistan) mungkin ada senjata lain. Mungkin mereka ada orang kedua, kita pun tak tahu.

“Jadi, kami akan ikut perancangan yang sudah diberikan oleh jurulatih dan harap barisan pertahanan berada pada tahap terbaik dalam perlawanan itu nanti,” kata pemain berusia 35 tahun itu.

Pada kejohanan kali ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Pakistan, New Zealand dan Jepun, manakala Kumpulan A dibarisi Perancis, Afrika Selatan, Korea Selatan dan Wales.

Untuk rekod, Speedy Tigers menamatkan edisi terdahulu di Gniezno, Poland di tangga ketujuh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan