Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang di kebun di Simpang Rumah Gisa, Tatau, ditemui selamat. Foto JBPM

Wanita warga emas hilang di kebun ditemui selamat

TATAU, 13 Jun: Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang di kebun di Simpang Rumah Gisa di sini, ditemui selamat petang ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 4.20 petang dengan menggerakkan tiga anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau ke lokasi kejadian.

“Mangsa Bingek Achui, 69, dilaporkan hilang ketika suaminya turun ke Pekan Tatau mengambil cucunya balik dari sekolah pada sebelah pagi.

“Ketika sampai di rumah kebun suaminya mendapati mangsa tidak berada di rumah, selepas sehingga tengah hari isterinya belum balik suaminya memohon bantuan anak mereka memaklumkan kepada pihak bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, semasa dalam perjalanan, anggota bomba terserempak dengan wanita warga emas yang dilaporkan hilang dan membawa mangsa ke lokasi penduduk berkumpul untuk pencarian dan keluarga mangsa.

Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan memaklumkan bahawa dia telah pergi ke kebun anaknya menggunakan jalan dalam hutan menyebabkan tidak mengetahui orang mencarinya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan